Sunday, October 11, 2009

Hari itu hari kiamat

Posted on April 11, 2009 by sulaiman

Al-Zalzalah[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:“Saya orang yang pertama keluar dari bumi.” Kemudian diikuti oleh Nabi Isa, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar. Mereka menuju ke kubur para sahabat di Baqi’ (Madinah) dan semuanya dibangunkan untuk terus menuju ke kubur sahabat yang lain di Mekah. Pada masa itu berlaku pertembungan, iaitu Nabi dan sahabat hendak ke Mekah dan ada juga yang hendak menuju ke Madinah dari Mekah. Di tempat pertembungan inilah berlakunya Kiamat.

Hari tersebut adalah hari Jumaat, huru-hara di padang tersebut sukar hendak diceritakan. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).

Huru hara Hari Kiamat

Di hari itu juga kalau ada kanak-kanak yang lahir, mereka akan terus menjadi tua.

Al-Muzammil [17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

Al-Hajj [2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan. Malaikat menyeru mereka ke Padang Mahsyar.

Ta-Ha [108] Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Dalam satu hadis nabi disebut, di hari akhirat manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah (Riwayat Tirmidzi). Allah menghantar malaikat untuk membawa manusia ke padang mahsyar. Setiap Manusia di sertai 2 malaikat:

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

Disana, mereka dikepung oleh Malaikat khas, yang lebih kuat dan hanya turun di hari Kiamat. Mereka membawa neraca timbangan dan memagari serta mengepung manusia, binatang, jin. Sepertimana Allah berfirman:

Ar-Rahman [33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Kemudian semua umat disuruh berlutut:

Al-Jathiya [28] Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan)……

Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini : Limanil mulkil yaum?” (Kerajaan siapakah pada hari ini?).Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: Lillahilwahidil qahhar”.(Hari ini kerajaan dimiliki Allah yang tunggal dan garang) iaitu dalam ayat:

Gafir [16]…………(Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!“

Gunung diratakan

Di hari Kiamat, gunung-ganang atau bukit-bukit akan diterbangkan, dimusnahkan dan diratakan..

Ta-Ha [105] Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

[106] Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin.

[107] Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

Al-Qari’a [5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa…..

Source: http://nasbunnuraini.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment