Sunday, October 11, 2009

BETUL KE KIAMAT PADA 21/12/2012?

Mengikut fakta pada 21 disember 2012 terjadilah satu peristiwa huru hara dan gempa bumi yang amat dasyat,yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah hidup manusia dimuka bumi ini.pada hari itu, bulan,bintang, planet dan segala cakerawala bertembung antara satu sama lain.letupan ngeri diangkasa raya itu diikuti pula dengan kejadian bintang serta planet planet meluru jatuh menghantam ke bumi. Bunyi letupan dan suara jeritan kedengaran disetiap penjuru bumi. Mayat mayat bergelimpangan, api menjulang disana sini,haiwan bertempiaran lari menyelamatkan diri daripada hentaman bintang dan cakerawala yang tiada kesudahannya itu. mala petaka itu amat dasyat dan akhirnya bumi berkecai sehingga menjadi serpihan debu debu yang berterbangan. tiada satu pun nyawa nyawa yang terselamat.

Begitulah gambaran gambaran tentang hari kiamat yang diramalkan oleh satu etnik purba yang digelar sebagai kaum mayan. Mereka mereka ini percaya bahwa kiamat yang digambarkan itu akan berlaku pada 21 disember 2012 mengikut kalendar kuno kaum tersebut.

kal.kuno
Tetapi benarkah ramalan ramalan itu? siapa pula sebenarnya puak maya ini?mengapakah ramalan ini begitu sangat terkenal,sehingga menjadi tajuk perbualan dikalangan ahli bijak pandai termasuk saintis saintis barat? kaum maya merupakan satu komuniti yang hidup diselatan Mexico dan utara Amerika tengah. Tamadun mereka bermula sekitar 4,000 tahun dahulu dan amat terkenal dalam bidang astronomi, arsitektur, kejuruteraan, seni serta matematik. Sehingga ke hari ini, keturunan daripada kaum maya masih lagi hidup dan mengamalkan budaya yang telah mereka warisi sejak ribuan tahun itu.

Ramalan ramalan kaum maya ini menjadi perhatian para para saintis barat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang falak. Malah kaum ini juga mempunyai kalendar sendiri dalam menghitung hari,bulan serta tahun. Melalui kalendar itulah mereka meramalkan bahawa planet bumi ini akan musnah pada 21 disember 2012 yakni dalam angka 21122012. Bagi menzahirkan keyakinan itu maka segala ramalan serta hitungan kalendar tersebut telah tersebar luas diinternet. Hal ini menyebabkan, cerita cerita tentang ramalan itu menjadi topik yang hangat dibicarakan dikalangan masyarakat antarabangsa, pelbagai laman web diwujudkan. Malah kajian kajian juga dilakukan untuk menyokong ramalan tersebut. Antara golongan bijak pandai barat yang menyokong ramalan tersebut ialah seorang penulis berketurunan yahudi amerika yang bernama Lawrence E. Joseph.

Di dalam bukunya yang bertajuk KIAMAT 2012(apocalypse 2012) Lawrence menagatakan tidak lama lagi akan terjadi satu bencana besar hingga menyebabkan bumi ini musnah sama sekali. Ini disambut pula oleh beberapa fakta fakta daripda saintis saintis barat lain yang menagatakan pada tahun tersebut diramal akan terjadi satu badai matahari yang amat menakutkan. Badai ini membawa suhu panas yang amat luar biasa ekoran atmosfer bumi yang menjadi semakin tipis. Ribut matahari ini menyebabkan bumi menjadi teramat sangat panas, suhu suhunya melampau sehingga bongkahan es dikutub utara dan selatan menjadi cair. Pada waktu yang sama,berlaku ribut taufan yang amat dasyat dan diiringi dengan terjadi tsunami. Kejadian ini juga menyebabkan medan magnet yang sekian lama berfungsi sebagai pertahanan utama bumi daripada radiasi sinar matahari,mulai retak.Beberapa cendekiawan dari universiti berkeley seterusnya mengimabs kembali zaman zaman dinosaour yang telah punah akibat hentaman asteroid raksasa kira kira 65 juta tahun silam. Menurut perputaran masa yang diperhitungkan secara ilmiah, mereka berpendapat kitaran untuk kemusnahan bumi secara besar besaran seperti yang berlaku pada 65 juta tahun dulu itu, kini hampir berulang kembali.

Gunung berapi yellowstone di Wyoming, US, yang memiliki letusan dasyat stiap 600 hingga 700 ribu tahun, juga dikatakan sedang menunggu masa untuk meletus kembali. Para saintis menjangkakan bahawa yellowstone akan memuntahkan laharnya pada tahun 2012. Selain daripada ramalan puak maya, ada sebuah kitab kuno dari negara china yang bertajuk I CHING, turut menjangkakan bahawa 2012 merupakan tahun yang akan terjadinya satu bencana besar di planet bumi, bagaimanapun tarikh sebenarnya tidak nyatakan.

Namun bagi kita umat yang beragama islam, kiamat bukanlah sesuatu yang boleh diramalkan. Ini berdasarkan firman Allah swt didalam Al-Qur`an yang menegaskan bahawa tidak ada mana mana makhluk pun yang mengetahui bila datangnya hari kiamat tersebut, biarpun makhluk itu ada lah insan insan terpilih yang diangkat darjatnya menjadi nabi atau pun Rasul.

Firmannya :
"MEREKA BERTANYA KEPADA MU(WAHAI MUHAMMAD) TENTANG HARI KIAMAT, BILAKAH MASA DATANGNYA? KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DI SISI TUHANKU, TIDAK ADA SIAPAPUN YANG DAPAT MENERANGKAN KEDATANGANNYA PADA WAKTU NYA MELAINKAN DIA. (HURU HARA)HARI KIAMAT ITU AMATLAH BERAT LAGI MENGERUNKAN MAKHLUK MAKHLUK YANG ADA, DILANGIT DAN JUGA DIBUMI, IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA MENGEJUT. MEREKA BERTANYA KEPADAMU SEOLAH OLAH ENGKAU SEDIA MENGETAHUINYA. KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DISISI ALLAH TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI" (SURAH AL A’ARAF AYAT 187)


Source : http://cybertabligh.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment